Bahan-bahan
1 cawan butter - gunakan butter brand tantura
11/2 cawan tepung gandum brand ros / cempaka
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil soda bikabonat
1 cawan gula halus
1 cawan gula perang
2 1/2 cawan oat yang di kisar (sukat dahulu sebelum di kisar)
1 peket chocolate chip hersheys milk chocolate
1/2 sudu kecil garam
1 bar coklat cadbury
2 biji telur
1 sudu kecil baking powder
11/2 cawan hirisan badam halus
1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara
1. Pukul butter dan gula hingga gebu
2. Masuk telur dan esen vanila, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikabonat
3. Masukkan coklat chip hersheys cadbury bar dan kekacang (yang sudah dihiris) dan sebatikan semua bahan.
4. Bakar 15 minit pada suhu 170ᵒC / 150ᵒC selama 20 - 25 minit bergantung kepada oven.
SELAMAT M ENCUBA SEMUA...!!!